annurhomemade4u FotoPage
kek,biskut,menjahit,hantaran
By: annur siti

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 30-Jun-2010 12:24 Email | Share | | Bookmark
Kelas belajar kek

 
 
 
View all 4 photos...
Mula-mula aku belajar asas cupcake dari kak rani di changlun. Perlu kesabaran gak. kat kelas tu mula dari pagi sampai ke malam. Aku belajar cara nak buat cupcake dan mendeko sekali. seronok sangat. mungkin kerana minat.

Tak lama lak aku pergi kelas kali kedua, belajar cara membuat kek b'day. Masa tu b'day suami dah nak dekat.Jadi aku buatkan terus kek span berlapis coklat. Sambil belajar, sambil leh celebrate b'day. Masa tu aku sorang je jadi student kak rani, dari pagi sampai ke malam nak menyiapkannye. Nasib baik suami sabar menjaga afiq sepanjang hari tu.


Wednesday, 30-Jun-2010 05:43 Email | Share | | Bookmark
kek black forest (berinti buah peach)

kali ke 3 buat
 
kali pertama buat
View all 5 photos...
Saya selalu gak buat kek black forest ni, tapi saya tak menggunakan buah blueberry sebab tak jumpa pun buah blue berry yang ada tanda halal pada tinnye. Jadi untuk elakkan was-was, saya buat sendiri lapisan kek ini dengan menggunakan bauh peach dalam tin. Buah peach tu saya masak dengan gula dan sedikit tepung jagung untuk memekatkannya.


Tuesday, 29-Jun-2010 23:15 Email | Share | | Bookmark
Assalamualaikum

Salam perkenalan.. Laman ini saya gunakan sebagai tempat perkongsian cerita, minat dan idea. Saya minat membuat kek, biskut, menjahit dan menggubah hantaran. Bagi yang gemar berkongsi minat, jemputla...


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net